Selagi aku digelar manusia biasa,
aku tiada hak utk menilai insan lain,
Selagi aku digelar manusia biasa,
aku tiada hak utk menghina insan lain,
Selagi aku digelar manusia biasa,
aku tiada hak utk menghalang setiap kata2 dr insan lain,
Selagi aku digelar manusia biasa,
aku tiada hak utk menyumpah seranah insan lain..
Tetapi apakan daya ini semua pernah aku lakukan,
Betapa nipisnya perasaan sabar dlm hati aku,
betapa tingginya perasaan jahil aku,
betapa kurangnya perasaan perikemanusiaan aku.
Ya Allah, sekiranya selama ini,
aku begitu bangga menilai insan lain,
aku begitu riak memperbodohkan insan lain,
aku begitu megahnya menunding kearah insan lain,
Kau sedarkanlah aku Ya Allah..
Kau sedarkanlah aku,
bahawa hinanya aku,
kau sedarkanlah aku,
betapa kerdilnya aku dimata Engkau Ya Allah,



No comments:
Post a Comment