Tuesday, October 8, 2013

Bagaikan pepasir.

Seandainya aku terlalu lemah
Engkau kuatkanlah aku Ya Allah,
Sekiranya aku terlalu rapuh,
Engkau berikanlah aku petunjuk.

Sekiranya selama ini dosaku ibarat pepasir pantai,
Engkau ampunilah aku Ya Allah,
Sekiranya kenangan semalam adalah ujian buatku,
Aku redha Ya Allah.

Ya Allah,
Kau kuatkanlah hati dia sepertimana kau beri aku kekuatan,
Kau berikanlah dia petunjuk sepertimana kau beri kepadaku,
Kau berikanlah dia kesihatan yang baik sepertimana kau beri kepadaku,
Kau berikanlah dia kasih sayang sepertimana kau beri kepadaku,
Kau berikanlah dia ketenangan hati dan jiwa sepertimana kau beri kepadaku,
Kau ampunilah kekhilafan dirinya sekiranya itu berpunca dari aku Ya Allah..

Amin amin amin..




No comments:

Post a Comment

Footer